Latihan

        Gerakan penentangan pemimpin dan masyarakat tempatan pada awal kedatangan British di Tanah Melayu merupakan reaksi spontan mereka untuk menjaga kepentingan daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

            (a)        Jelaskan:
                        (i)        Peristiwa penentangan Rentap terhadap James Brooke. [4markah]
                        (ii)       Peristiwa penentangan Tok Janggut terhadap British di Kelantan. [4 markah]
            (b)        Bagaimanakah pemimpin tempatan dapat mengekalkan kedudukan mereka
                        tanpa pertumpahan darah? [6 markah]

(c)        Apakah iktibar daripada perjuangan pemimpin tempatan dalam usaha mengekalkan                  kedaulatan negara? [6 markah]




 CADANGAN JAWAPAN:

Gerakan penentangan pemimpin dan masyarakat tempatan pada awal kedatangan British di Tanah Melayu merupakan reaksi spontan mereka untuk menjaga kepentingan daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
            (a)        Jelaskan :
                        (i)         Peristiwa penentangan Rentap terhadap  James Brooke di Sarawak.   
                                                                                                                              [4 markah]

 

Butiran

Markah

F1
Menentang James Brooke pada tahun 1853
1
H1a
kerana menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
1
H1b
dan dianggap sebagai lanun
1
F2
Menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
1
H2a
untuk menghalang kezaliman
1
F3
Berjaya mengusir James Brooke
1
H3a
Tentera James Brooke bertindak balas / membakar kampung
1
F4
Rentap / pengikut berundur ke Bukit Sadok
1
H4a
Sekali lagi diserang oleh James Brooke
1
F5
Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861
1
H5a
Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai
1
H5b
Serangan Rentap semakin lemah
1

ms 33-34                                                     [Mana-mana 4 x 1m]
[4 m]


 (ii)       Peristiwa penentangan Tok Janggut terhadap British di Kelantan.     
                                                                                                   [4 markah]

 

Butiran

Markah

F1
Berlaku di Pasir Puteh
1
H1a
kerana sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910
1
H1b
British memaksa penduduk menerima sistem cukai
1
F2
Tok Janggut membantah sistem cukai
1
H2a
Tok Janggut enggan membayar cukai
1
H2b
Bantahan tidak dilayan oleh Pegawai Daerah
1
H2c
Polis cuba menangkap Tok Janggut
1
H2d
tetapi mereka gagal
1
F3
Engku Besar Jeram / Tuan Ahmad / Haji Said / Che Ishak / rakyat bersetuju menyerang Pasir Puteh
1
H3a
Mereka berjaya menduduki Pasir Puteh
1
F4
Sebuah kerajaan berjaya dibentuk
1
H4a
Engku Besar Jeram sebagai Raja
1
H4b
Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
1
H4c
Che Ishak sebagai Pegawai Daerah
1
F5
British menggunakan nama Sultan
1
H5a
untuk membawa masuk tentera dari Negeri-Negeri Selat
1
H5b
Kapal Perang H.M.S Cadmus berlabuh di Tumpat
1
F6
British memulakan serangan pada Mei 1915 di Saring
1
H6a
Serangan British lebih tersusun
1
H6b
dan menggunakan senjata moden
1
H6c
Berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut / pengikut
1
F7
Tok Janggut telah terkorban
1
H7a
Mayat diarak di seluruh pekan Kota Bharu
1
H7b
Mayat digantung dalam keadaan kepala ke bawah / kaki ke atas
1
H7c
sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang
1

ms. 41-42                                                    [Mana-mana 4 x 1m]
[4 m]
           


            (b)        Bagaimanakah pemimpin tempatan dapat   mengekalkan   kedudukan   mereka   tanpa
                        pertumpahan darah ?                                                                                    [6 markah]

 

Butiran

Markah

F1
Mengadakan rundingan / musyawarah
1
F2
Menggunakan diplomasi
1
F3
Menjalinkan hubungan baik
1
F4
Menerangkan kepada rakyat keburukan peperangan
1
F5
Mengelakkan persengketaan / pergaduhan / perbalahan
1
F6
Menawarkan pelan damai
1
F7
Menandatangani perjanjian persefahaman
1
F8
Mengukuhkan perpaduan rakyat
1
F9
Memantapkan pentadbiran
1
F10
Mengamalkan demokrasi
1
F11
Bertindak waras / rasional
1
M
Mana-mana jawapan munasabah diterima


[Mana-mana 6 x 1m]
[6 m]
   

            (c)      Apakah iktibar daripada perjuangan pemimpin tempatan   dalam   usaha   mengekalkan
                       kedaulatan negara ?                                                                                         [6 markah]

 

Butiran

Markah

F1
Semangat juang yang kental
1
F2
Sedia mempertahankan tanah air
1
F3
Mempertahankan kedaulatan negara
1
F4
Memiliki sikap berani menentang musuh
1
F5
Memiliki jati diri yang tinggi
1
F6
Tidak mudah menerima pengaruh luar
1
F7
Tidak mudah berputus asa
1
F8
Semangat setia kepada negara
1
F9
Sanggup berkorban demi agama / bangsa / negara
1
F10
Mengenepikan kepentingan diri
1
F11
Mengutamakan perpaduan
1
F12
Berfikiran strategik
1
F13
Cekal menghadapi cabaran
1
F14
Memperkukuh iman / kepercayaan kepada Tuhan
1
F15
Bijaksana dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul
1
M
Mana-mana jawapan munasabah diterima


                                                                  [Mana-mana 6 x 1m]
[6 m]







No comments:

Post a Comment